Pengenalan PI,eKelas & Advokasi SMK Suai 2019

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pihak SMK Suai telah menjemput Pusat Internet Bahagian Miri iaitu Pusat Internet Luak, Lambir, Bekenu, Niah dan Sibuti untuk memberikan taklimat mengenai Pusat Internet, eKelas & Advokasi untuk pelajar SMK Suai. Turut hadir bersama adalah pegawai daripada Maxis yang turut hadir untuk menerangkan eKelas kepada guru – guru lain secara berasingan di Bilik Mesyuarat.

Pelajar yang hadir adalah dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6. Mereka telah diberi taklimat mengenai Pusat Internet. Iaitu mengenai servis dan fungsi Pusat Internet kepada komuniti. Selain itu, taklimat eKelas turut diberi kepada pelajar tersebut. Pelajar telah diterangkan mengenai pengisian dan aktiviti eKelas yang bagus untuk pelajar. Sehubungan dengan itu, advokasi Maklumat Palsu, Scam dan Oversharing juga dikongsi bersama pelajar oleh staf Pusat Internet yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali